Monday, February 18, 2013

~~Mengapa Aku Memilih Sehelai Kain Hitam Melitupi Wajahku~~


adik : "kak, nak tnye ciket boleh tak , kak ?"

kakak : "ape die , adikku , tnya lah . . ." (sambil tersenyum) 

adik : "kenapa setiap kali klau pergi mana-mana , kakak mesti berpakaian serba hitam dan memakai kain hitam dekat muka kakak . adik cuma nmpk bhgian mata kakak jerr . . . "(adik bertanya smbil menunjukkan kain yang dimaksudkannya itu)

kakak : "eee , comelnya adikku ini ! (tersenyum sambil mencubit pipi adik kesayangannya itu)
adik rase kenapa kakak memakai serba hitam ? adik tak takut kee tengok kakak ? setahu kakak , kawan-kawan
adik yang sebaya dgn adik semua takut dgn kakak dek kerna kakak serba hitam . ada yg menggelarkan kakak khemah bergerak , jembalang hitam , ninja . . . tapi kakak senyum jee , moga adik tak lah terikut dgn mereka yee , sygg . hmm , warna yg suram dan warna yang gelap adalah warna yang tidak menarik perhatian lelaki . klau kyte memakai pakaian yang jarang dan boleh menampakkan bentuk tubuh badan , kan dah jatuh hukum haram . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah adalah berwarna hitam ." (panjang lebar kakaknya menerangkan kepada adiknya)

adik : "ohh , macam uhh yee kak ? baru adik faham . . . tpi , knp kakak pakai kain uhh ard muka kakak ? kakak tutup apa ? dahi pun kakak tutup sekali . pakai benda ney wajib kee kakak ?" (adiknya menggaru kepala yang tidak gatal dek tidak memahami dengan pemakaian kakaknya)

kakak : "ouh , maksud adik kain niqab ney yee ?" (adiknya hanya mengangguk) 
"kakak nak tnye adk , apa itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat ?"

adik : "hiihii , senang jee , ustaz ada ajar kat sekolah hari uhh . sunnah tu segala-galanya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semuanya lha . hukum sunat pulak ,ustaz ckp buat dapat pahala, tak buat tak dapat pape bahkan rugi kan kan , kakak ? betul tak kakak ? hihii "

kakak : "wahh , hebat lah adik kakak neyy , ALHAMDULILLAH ." (tersenyum sambil mencium kedua-dua belah pipi adiknya itu)  "sunnah dan sunat itu lah jawapan untuk soalan adik tadi . soalan adik tadi dah pun terjawab ."

adik : "tapi kak , sunnah kan apa yang dari Nabi saw...takkan la Nabi ......" (adik melemparkan muka kebingungan minta untuk penjelasan)

kakak : "memanglah Nabi s.a.w tak pakai purdah sayang . . . tapi , isteri dan anak-anak Nabi s.a.w yang memakai niqab . Mengikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah , sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi s.a.w redha dan mereka pasti akan tinggalkan apa yg Nabi s.a.w larang ." (terang kakak dengan ringkas sambil tersenyum)

adik : "ohh , macam uhh kee ? haa , sekarang baru lah adik faham . hihii :D nanti boley tak kalau adik nak ikut jejak kakak ?"

kakak : "boley sayang , in shaa allah . lakukannya hanya kerana ALLAH S.W.T" (kakaknya tersenyum dengan senang hati sambil menggelengkan kepala melihat kerenah adiknya yang baru mencecah umur 8 tahun)


note :  "Beramallah kerana taqwa , bukan kerana fatwa" Semoga kalian BERTERUSAN ISTIQOMAH ! jangan kamu gentar menegakkan apa yang BENAR !

~ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !~ 

♥ KEEP ISTIQOMAH MY BELOVED NIQABIS ♥

nahh , ney dia budak yang cute memakai niqab . CUTE gituu :')




Terima Kasih Kerana Sudi Menbaca :D

1 comment: