Sunday, November 11, 2012

Menunggu Seru Untuk Bertudung ? ? -.-'


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

#MENUNGGU SERU UNTUK BERTUDUNG??
 Soalan:
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah ? Sedarilah wahai diri , bahawa kema
tian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

yang mana satu pilihan ada ? 
FIRMAN ALLAH BERMAKSUD :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” 
– (Surah an-Nur ayat 31)-

P/S : apa lagi yang kamu fikirkan ? usah diberikan lagi seribu alasan mengapa kamu tidak menutupi auratmu dan usah kamu fikirkan alasan apa yang harus kamu berikan sekiranya kamu ditanya "mengapa kamu tidak menutup aurat ?" . malah , berfikirlah kamu akan bagaimana caranya bagi kamu untuk menyempurnakan perintah ALLAH untuk menutup aurat . ayuh sahabat-sahabatku , kite berhijrah daripada negatif kepada positif . 

 jadilah muslimah yang dikasihi oleh ALLAH S.W.T 



Terima Kasih Kerana Sudi Menbaca :D

2 comments:

♥Nur Ayuni Khalib said...

Assalamualaikum, semoga mereka diberi hidayah oleh Allah dan semoga kita terus istiqamah dengan hidayah yang diberi. Alhamdulillah. Ya Allah, janganlah engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberikan hidayah kepada kami.

Unknown said...

smoga diberi hidayah